Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

GPS Terus Sokong Kerajaan Pusat Sedia Ada

ByAkma Salleh

KUCHING: Ahli-ahli Parlimen Parti Gabungan Sarawak (GPS) telah mengambil pendirian untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung GPS, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, sokongan ini disuarakan dalam perjumpaan bersama Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Sabtu.

Jelas Nanta, GPS turut menjunjung titah ke bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong supaya pentadbiran kerajaan hari ini diteruskan sehingga keabsahannya ditentukan dalam Sidang Parlimen pada September depan.

GPS katanya turut menyifatkan keputusan Muhyiddin untuk mengusulkan undi percaya terhadap dirinya selaku Perdana Menteri di Sidang Parlimen pada bulan depan sebagai satu langkah berani dan bijak serta pendekatan terbaik berlandaskan Perlembagaan. 

“Tindakan mengheret rakyat ke dalam krisis politik dan cubaan menumbangkan kerajaan dalam keadaan rakyat dan negara sedang berdepan ancaman pandemik COVID-19, hanya akan menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat. 

“Keutamaan GPS ketika ini adalah rakyat dan menangani masalah pandemik, mempercepatkan proses vaksinasi serta memulihkan ekonomi negeri dan negara,” kata Nanta.

“GPS berharap semua pihak berhenti dahulu berpolitik kerana semua ahli parlimen akan mendapat peluang untuk membuat pendirian masing-masing, sama ada mahu menyokong atau tidak usul percaya kepada Perdana Menteri, di Dewan Rakyat padabulan depan,” katanya lagi dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan