Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘Skin Revolution – Acne Clearing Solution’ Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang menggunakan produk kosmetik ‘Skin Revolution – Acne Clearing Solution’ digesa memberhentikan penggunaan dan mengelak dari membelinya selepas Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan racun berjadual seperti ‘Clindamycin’ dan ‘Metronidazole dalam produk tersebut.

Dalam satu kenyataan, KKM berkata produk tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Norhaliza A. Halim dan tidak lagi dibenarkan berada di pasaran negara ini.

‘Clindamycin’ dan ‘Metronidazole’ adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan kebenaran dan pemantauan ahli profesional kesihatan.

“Penggunaan antibiotik (clindamycin dan metronidazole) tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan mudarat kepada kesihatan dan boleh meningkatkan risiko kerintangan yang seterusnya mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan pada masa hadapan,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan