Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Bekalkan 30MW Tenaga Elektrik Ke Sabah

KUCHING, OGOS 6: Sarawak dalam proses membekalkan 30 megawatt tenaga elektrik ke Sabah untuk tempoh 15 tahun menjelang hujung tahun 2023.

Sarawak Energy Berhad dan Sabah Electricity Sdn Bhd akan bekerjasama bagi membekalkan tenaga elektrik ke Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kerjasama ini sekaligus mendorong hubungan yang lebih erat di rantau ini dengan masa depan tenaga yang mampan untuk semua.

Menerusi satu perjanjian yang ditandatangani, ia juga merealisasikan kesaling hubungan Sarawak-Sabah untuk bergerak ke hadapan demi mencapai grid Borneo yang lebih besar.

Pada masa yang sama, usaha itu mendukung aspirasi Sarawak untuk menjadi pusat kuasa serantau menerusi tenaga mampu milik, stabil, dan boleh diperbaharui.

“Saya percaya usaha untuk mewujudkan interconnection adalah langkah yang penting untuk menyokong kesaling hubungan dan mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi demi kemakmuran kita bersama di wilayah Borneo ini Sarawak mempunyai kekuatan dari segi sumber tenaga yang boleh di perbaharu dari empangan kita iaitu Empangan Hidro Bakun dan juga Murum dan tak lama lagi satu lagi empangan yang akan mengeluarkan tenaga iaitu Baleh”

Sambungan ini dijangka bermula pada akhir 2023, melalui pengembangan grid di bawah Agenda Utara Sarawak Energy yang menghubungkan Miri dengan bandar-bandar seperti Limbang dan Lawas.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, perjanjian ini akan memberikan impak yang positif kepada sistem grid negeri Sabah serta agenda pembangunan negeri.

Kerajaan Sabah juga turut berharap perjanjian ini secara langsung akan meningkatkan pelaburan dari luar negara untuk pertumbuhan ekonomi Sabah khasnya dan Sarawak amnya.

“Bagi pihak kerajaan negeri Sabah saya mengalu-alukan usaha SESB untuk meningkatkan sistem pembekalan elektrik di negeri ini sebagai salah satu usaha membantu memacu pembangunan negeri Sabah seperti digariskan dalam pelan pembangunan 5 tahun memacu menuju Sabah maju jaya yang dilancarkan pada awal tahun ini”

Beliau yakin projek yang dijangka akan dibekalkan pada tahun 2023 akan memberi impak yang positif kepada system grid negeri Sabah ini kerana bekalan elektrik yang stabil.

Penting untuk menjayakan agenda pembangunan Sabah maju jaya yang berpaksikan kepada 3 teras utama iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan”

Anak syarikat milik Sarawak Energy Berhad, Syarikat SESCO Berhad (SESCO) dengan Sabah Electricity Sdn Bhd telah memeterai perjanjian mengenai pertukaran dan kesaling sambungan tenaga Sabah-Sarawak yang merupakan satu pencapaian penting dalam merealisasikan grid Borneo serta grid tenaga ASEAN.

Penandatanganan perjanjian itu dibuat selepas Sarawak berjaya mencatatkan kejayaan saling hubung kali pertama pada 2016 apabila ia mula mengeksport tenaga ke Kalimantan Barat di Indonesia melalui talian transmisi litar berkembar 275kv sepanjang 120 kilometer yang terbentang dari Mambong di Sarawak ke Bengkayang, Kalimantan Barat.

Tags: #bm, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan