Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM12,800

ALOR SETAR, 5 Ogos — Polis menahan dua lelaki serta merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM12,800 dalam dua serbuan berasingan di sekitar Alor Setar, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah ACP Mohd Taufik Maidin berkata tangkapan pertama dilakukan ke atas seorang lelaki berumur 32 tahun di sebuah rumah di Kampung Tengah dekat sini.

“Serbuan pada 11.30 pagi itu telah menemukan satu bungkusan plastik hitam di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan, yang mengandungi dua plastik hijau berisi ketulan putih disyaki dadah jenis heroin seberat 912 gram dianggarkan bernilai RM12,000.

“Hasil tangkapan itu telah membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berumur 27 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Korok dekat sini, pada 12 tengah hari, hari yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau berkata hasil pemeriksaan pihaknya telah menemukan satu uncang kain berwarna hitam di dalam rumah berkenaan, di dalamnya mengandungi 10 paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu seberat 11.5 gram bernilai RM800. 

“Polis turut menyita wang tunai berjumlah RM1,724 daripada kedua-dua suspek yang kini ditahan reman sehingga 7 dan 9 Ogos depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

“Polis Kedah akan terus memastikan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah ini dapat ditumpaskan dan berharap masyarakat dapat membantu menyalurkan maklumat,” katanya. 

— BERNAMA 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan