MOSCOW, 6 Ogos — Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di Alaska, utara Amerika Syarikat dan mengorbankan enam penumpang termasuk seorang juruterbang, lapor Sputnik.
Menurut stesen penyiaran Media Awam Alaska, pesawat de Havilland Beaver itu terhempas berhampiran bandar Ketchikan selepas menghantar isyarat kecemasan kepada pegawal pantai pada 19:20 GMT Khamis.
Punca nahas masih disiasat.
— BERNAMA