Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia's Kelly Tan watches her drive from the 1st tee in round 1 of the women’s golf individual stroke play during the Tokyo 2020 Olympic Games at the Kasumigaseki Country Club in Kawagoe on August 4, 2021. (Photo by YOSHI IWAMOTO / AFP)

Kelly perbaiki satu kedudukan pada hari ketiga

TOKYO, 6 Ogos — Pemain golf wanita utama negara Kelly Tan memperbaiki satu kedudukan daripada tempat ke-49 ke kedudukan ke-48 hari ini, dalam permainan strok individu di Olimpik Tokyo hari ini.

Hari ketiga acara itu di Kasumigaseki Country Club di Saitama menyaksikan, pemain golf berusia 27 tahun itu melakukan satu atas par 72, untuk menjadikan lima atas par 218 keseluruhannya, dan berkongsi kedudukan ke-48 itu bersama Azahara Munoz dari Sepanyol dan Kim Metrauz dari Switzerland.

Pemenang Terbuka Malaysia tiga kali itu bermula dengan baik, dengan mencatatkan birdie pada lubang pertama sebelum melakukan empat bogey pada lubang ke tiga, lapan, 10 dan 11.

Kelly yang bertanding dalam Jelajah Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) kemudiannya berjaya melakukan dua lagi birdie pada lubang ke-12 dan 14.

Sementara itu Nelly Korda dari Amerika Syarikat kekal sebagai pendahulu, walaupun hanya melakukan dua bawah par 69 hari ini, selepas melakukan sembilan bawah par 62 semalam, bagi menjadikan keseluruhan 15 bawah par 198.

Aditi Ashol dari India di tempat kedua dengan 12 bawah par 201, manakala empat pemain yang mencatatkan 10 bawah par 203 berkongsi tempat ketiga iaitu Lydia Ko dari New Zealand, Hannah Green (Australia), Emily Kristine Pedersen (Denmark) dan pemain tuan rumah Mone Inami.

Permainan hari keempat akan berlangsung esok (7 Ogos).

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan