Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 24 Julai -- Vaksin CoronaVac atau lebih dikenali sebagai Sinovac yang digunakan secara meluas, termasuk di negara ini berkesan menangani COVID-19, termasuk varian Delta. Pengeluarnya, Biotech Ltd, berkata meskipun belum ada lagi data tersedia mengenai kesan perlindungannya, kajian membuktikan keberkesanan vaksin itu di beberapa negara seperti Brazil, Indonesia, Chile dan Turki. Jurucakap syarikat, Liu Peicheng, berkata keberkesanannya melebihi 90 peratus terhadap jangkitan parah dan kemasukan ke hospital, malah kadar jangkitan selepas vaksinasi di negara terbabit juga sangat rendah. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kadar vaksinasi tinggi bantu Sarawak dan Labuan turunkan kes kematian COVID-19

KUALA LUMPUR 6 Ogos :  Kadar vaksinasi yang tinggi di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mula memberikan sinar harapan apabila jumlah kes kematian dan jangkitan baharu COVID-19 di kedua-dua negeri berkenaan mengalami penurunan ketara.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Bahagian Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim berkata, data terbaharu juga menunjukkan kadar kemasukan pesakit baharu ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital -hospital di sana turut berkurangan.

“Oleh itu, sekiranya kita dapat lakukan perkara serupa (meningkatkan kadar vaksinasi) di Semenanjung Malaysia terutamanya kawasan yang mencatatkan kes harian baharu yang tinggi seperti di Lembah Klang, ia dijangka akan membawa kepada penurunan kes walaupun mengambil masa,” katanya dalam sidang media KKM di sini hari ini.

Mengikut data KKM semalam, hanya dua kes kematian dicatatkan di Sarawak manakala tiada kematian di Labuan. Sehari sebelumnya, kedua-dua negeri berkenaan turut mencatatkan sifar kematian akibat COVID-19.

Sementara itu, mengikut data terbaharu oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), sehingga semalam, sebanyak 85.5 peratus populasi dewasa di Sarawak atau 1, 747 510 juta orang telah menerima dos pertama manakala lebih 1.4 juta atau 70 peratus populasi dewasa di Bumi Kenyalang telah lengkap divaksinasi.

Labuan yang sebelum ini teruk dibadai varian Delta turut menunjukkan kadar vaksinasi yang tinggi apabila sebanyak 95. 7 peratus penduduk dewasanya telah menerima dos pertama suntikan pelalian manakala sebanyak 83.9 peratus telah melengkapkan proses vaksinasi masing – masing.

Mengulas situasi peningkatan kes di Lembah Klang, Hishamshah berkata, pelbagai faktor turut menyumbang kepada jumlah kes sebanyak 10,762 yang dicatatkan semalam.

“Lembah Klang mempunyai penduduk yang padat selain terdapat banyak komuniti tertentu seperti warganegara dan bukan warganegara. Di tambah faktor varian -varian sedia ada, ia akan mengambil masa sebelum kes mula menurun mengikut anggaran,” katanya.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found