Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua Wanita Antara Dicekup Terlibat Salahguna Dadah

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 6 OGOS: Dua wanita antara 29 individu yang ditahan pihak polis selepas disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di sekitar Kuching.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 18 hingga 47 tahun itu ditahan dalam lapan serbuan berasingan yang dilakukan dalam tempoh seminggu bermula 1 hingga 5 Ogos 2021.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah, serbuan telah dilakukan di Jalan Stutong, Kampung Siol Kandis, Kampung Lintang, Lorong Stampin Timur dan Jalan Mancis.

“Antara jenis dadah yang dirampas ialah syabu, ketamin, serbuk dan pil ekstasi dan pil eramin 5 yang berjumlah RM25,769,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut dirampas adalah sebilah samurai beserta sarung, sebilah kerambit, sebuah motosikal selain sebuah kereta juga disita yang dianggarkan bernilai RM20,000.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, 39A(2), 39A(1), 12(2), 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan