Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Disangka kedai kopi, rupanya stor simpanan rokok seludup hampir RM1 juta

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 6 OGOS: Berselindung di sebalik sebuah perniagaan kedai kopi yang dijadikan stor simpanan transit, kegiatan pengedaran rokok seludup yang bernilai kira-kira RM880,000 berjaya ditumpaskan pihak kastam bersama Cawangan Siasatan Khas (CSK) Kuching.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Herman Shah Abdullah berkata kedai kopi yang terletak di sebuah pusat komersial Malihah Sentral itu diserbu pihak berkuasa sekitar jam 11:40 pagi Rabu.

“Hasil daripada serbuan tersebut, sebanyak 100 ‘master case’ atau sejuta batang rokok putih telah dirampas yang dianggarkan bernilai RM200,000 dengan duti atau cukai dianggarkan berjumlah RM680,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Rampasan disyaki belum lulus kastam dan menurut sumber, rokok tersebut dipercayai diangkut dari bahagian utara Sarawak pada awal pagi untuk mengelak dihidu pihak berkuasa.

Menurut Herman lagi, kes akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan