Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad letak jawatan Menteri Pengajian Tinggi

ByYazid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Ahli Parlimen Parit Sulong yang juga Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi berkuatkuasa serta merta.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, perletakan jawatannya itu sebagai tanda akur kepada keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos lalu.

“Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, usahanya dalam mendepani COVID-19 tetap akan diteruskan, walaupun beliau tidak lagi berada dalam kerajaan.

Noraini turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pihak berkepentingan berkaitan kementerian, yang banyak membantunya melaksanakan tugas.

Dua hari lepas, Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli. 

— BERNAMA 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan