Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ALOR SETAR, 7 Jun -- Petugas kesihatan mengadakan proses simulasi kemasukan pesakit ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Dewan Al Farabi di sini.?PKRC berkenaan akan beroperasi esok. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA?

Tiada ‘kelibat’ varian Lambda di Sarawak setakat ini

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Tiada kes varian Lambda (C.37) COVID-19 dikesan di Sarawak setakat ini, menurut Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pengarahnya Prof Dr David Perera berkata sehubungan itu, rakyat di negeri ini tidak perlu berasa bimbang.

Walau bagaimanapun, beliau tetap menasihatkan masyarakat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

IHCM katanya, komited untuk menjalin kerjasama rapat dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melalui analisis penjujukan genom COVID-19 institut itu untuk memaklumkan kepada orang  ramai mengenai kemasukan sebarang varian baharu ke Sarawak.

Sampel Lambda yang paling awal didokumentasikan adalah dari Peru pada bulan Disember, 2020.

Sehingga kini, varian ini telah dikesan terutamanya di Amerika Selatan, Amerika Syarikat, Eropah dan baru-baru ini di India.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan