Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRISMA : RM 54 juta diagih pada pemain industri kreatif

KUCHING, 5 Ogos — Sebanyak RM54 juta daripada RM89.2 juta dana diperuntukkan bagi Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma) telah diagihkan kepada penggiat industri kreatif negara, setakat ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan menyasar untuk mengagihkan baki dana tersebut kepada penggiat industri kreatif sebelum hujung tahun ini.

Beliau berkata sehingga kini, lebih 14,000 penerima daripada industri filem, kandungan kreatif digital serta muzik telah memanfaatkan bantuan tersebut.

“Kita ingin agihkan (dana Prisma) sebelum akhir Disember ini dan bantuan ini merangkumi pelbagai aspek melibatkan semua pemain industri kreatif.

“Sebagai contoh, untuk pemain industri filem, kita beri subsidi buat mereka jalankan sanitasi  di tempat kerja serta subsidi untuk melakukan ujian swab untuk pelakon dan kru yang terlibat dengan sebarang penggambaran,” katanya.

Saifuddin berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) program Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) Dana Kandungan Digital (DKD) antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Sarawak Media Group (SMG) secara maya, hari ini.

Dilancarkan pada 5 Feb lepas, Prisma merupakan inisiatif di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia bertujuan memastikan kelangsungan dan kelestarian penggiat industri kreatif negara dalam mendepani impak pandemik COVID-19.

Menerusi kerjasama tersebut, RM2.9 juta akan diperuntukkan bagi menjayakan sembilan projek kerjasama antara FINAS dan SMG dalam penghasilan kandungan kreatif.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan