Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Korea Selatan sasar jadi pengeluar vaksin kelima terbesar dunia menjelang 2025

ByYazid Ibrahim

SEOUL, 5 Ogos — Korea Selatan menyasarkan untuk menjadi negara pengeluar vaksin kelima terbesar dunia dalam tempoh empat tahun akan datang, sejajar dengan usaha negara ini untuk menjadi hab pengeluaran vaksin COVID-19 global, lapor Yonhap.

Presiden Moon Jae-in turut berikrar untuk menjadikan pembangunan vaksin sebagai satu daripada tiga bidang teknologi strategik negara, bersama dengan bidang semikonduktor dan bateri, dan melabur 2.2 trilion won (US$1.92 bilion) untuk tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat mengenai strategi hub vaksin kerajaan yang diadakan di Pejabat Presiden (Cheong Wa Dae) pada Khamis.

Katanya, vaksin COVID-19 yang dihasilkan dalam negara bakal memasuki ujian klinikal fasa tiga bulan ini dan berharap ia dapat digunakan secara komersial pada pertengahan 2022.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan