Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak peruntuk RM400juta bantu perniagaan berdaftar di Sarawak melalui BKSS 7.0

KUCHING, 5 OGOS : Prihatin dengan nasib perusahaan dan perniagaan yang terkesan oleh pandemik Covid-19, Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukkan sejumlah RM400 juta bagi membantu perniagaan dan perushaan yang terjejas melalui pembayaran secara “sekali bayar” atau “one-off”.

Dalam membuat pengumunan tersebut sempena ulangtahun beliau yang ke 71 semalam, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Haji Openg telah membawa perkhabaran baik dan harapan bagi sektor perniagaan, pembinaan dan perindustrian Sarawak dengan mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0.

Sebanyak 40,000 perniagaan yang berdaftar di Sarawak layak menerima bantuan berjumlah RM10,000  melalui pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0

Dalam membuat pengumunan tersebut juga , berkata keputusan itu telah dibuat ekoran permintaan dan rayuan daripada pemilik perniagaan yang terjejas teruk.

“Saya ada menerima permintaan dan rayuan daripada persatuan pemilik-pemilik perniagaan yang terkesan dengan keadaan ekonomi ketika pandemik ini yang memerlukan bantuan untuk menampung kos perniagaan mereka dari segi perbelanjaan membayar gaji pekerja, kos operasi, kos sewa bagi mereka yang dari Perusahaan Kecil Sederhana (SME).

“Justeru, Kerajaan Negeri Sarawak akan memberikan bantuan sebanyak RM10,000 secara satu kali bayaran (one-off) bagi perniagaan yang berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial  (SOCSO) sehingga 31 Disember, 2020,” kata Abang Johari ketika mengumumkan BKSS 7.0

Jelas beliau, langkah itu akan dapat membantu sebanyak 40,000 perusahaan dan perniagaan berdaftar di Sarawak yang terkesan ekoran Covid 19 dan menelan perbelanjaan sebanyak RM400 juta dibiayai Kerajaan Negeri Sarawak.

“Bantuan ini akan disalurkan dalam dua peringkat; sebanyak RM5,000 pada bulan September dan baki RM5,000 pada bulan Disember,” tambah beliau lagi.

Perusahaan dan perniagaan yang layak tidak perlu memohon bantuan tersebut, sebaliknya bayaran akan dibuat secara automatik bagi mereka yang layak mendapat bantuan tersebut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan