TOKYO, 5 Ogos — Perenang Jerman, Florian Wellbrock, merangkul emas acara renang maraton lelaki dengan catatan masa satu jam 48 minit dan 33.7 saat di Olimpik Tokyo pada Khamis.
Sebelum ini pada Ahad beliau memenangi gangsa dalam acara 1500 meter gaya bebas, lapor Agensi Berita Xinhua.
Sementara itu, Kristof Rasovszky dari Hungary meraih perak, diikuti Gregorio Paltrinieri dari Itali di tempat ketiga.
— BERNAMA