Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
A Sabah flag on the expressboat to Balambangan Island fluttering in the wind as soon as it's departure. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. October 18, 2019.

COVID-19 : Majlis pengebumian cetus kluster baharu di Sabah

KOTA KINABALU, 4 Ogos — Majlis pengebumian mencetuskan satu kluster baharu COVID-19 di Kota Belud iaitu Kluster Tampasuk, dengan 29 kes positif dikesan setakat ini hasil daripada 159 ujian saringan yang dilakukan terhadap kontak rapat.

 Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata kes indeks melibatkan seorang juruwang bank wanita berusia 32 tahun disahkan positif pada 26 Julai lepas dengan mengalami gejala demam, sakit badan, sakit tekak, selesema dan batuk.

“Kesemua 29 individu yang positif ini telah dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah untuk rawatan dan pengasingan,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata sebanyak 949 kes baharu kes positif COVID-19 direkodkan di Sabah, menurun berbanding 1,010 kes yang dicatatkan semalam.

Beliau berkata saringan kontak rapat terus menjadi penyumbang utama iaitu sebanyak 570 kes atau  60.06 peratus kepada jumlah kes keseluruhan, manakala  201 kes atau 21.18 peratus adalah daripada kategori saringan bergejala dan selebihnya saringan kategori lain.

Masidi pada masa sama turut meminta pemimpin masyarakat, ketua kampung dan ketua mukim agar terus mengingatkan penduduk di kawasan masing-masing sama ada Muslim atau bukan Muslim, supaya tidak mengadakan sebarang majlis selepas pengebumian seperti kenduri, tahlil dan sebagainya.

Katanya, ia penting bagi mengelakkan penularan jangkitan yang berpotensi mencetuskan kluster baharu yang semakin meningkat ketika ini khususnya berkaitan penganjuran majlis sosial.

— BERNAMA

Tags: #bm, covid19, sabah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan