Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Salah sebuah rumah kebajikan yang menerima bantuan menerusi program tanggungjawab sosial koprorat BSN yang dilaksanakan baru - baru ini.

BSN bantu anak yatim, orang kurang upaya dan asnaf terpilih di seluruh negara

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Bank Simpanan Nasional (BSN) meneruskan usaha membantu golongan memerlukan dengan menyampaikan sumbangan keseluruhan melebihi RM90,000 kepada rumah anak-anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU) dan asnaf terpilih di seluruh negara.


Ketua Eksekutifnya, Jay Khairil berkata, inisiatif berkenaan dilaksanakan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu BSN Care kali ini memfokuskan kepada golongan sasaran yang turut terkesan akibat penularan pandemik COVID-19.
Selain wang sumbangan katanya, BSN turut menyampaikan duit belanja berjumlah RM50 seorang kepada 1,300 penerima.
“ Antara rumah kebajikan yang terlibat termasuklah Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (Sabah), Lembaga Kebajikan Anak – Anak Yatim (Sarawak), Pusat Jagaan Rumah Aman (Selangor) dan Taman Sinar Harapan Jubli (Perempuan) di Johor,” katanya dalam kenyataan media.


Menurut Jay, menerusi bantuan itu, pihaknya berharap dapat membawa keceriaan dan selaras dengan teras dalam BSN Care iaitu ‘Komuniti’ yang menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjana kehidupan yang mapan.
Sementara itu, beliau memaklumkan, sehingga Jun lepas, BSN mempunyai lebih sembilan juta pelanggan di seluruh negara dengan pendeposit runcit berjumlah RM20.05 bilion.


“BSN menawarkan pelbagai produk Konvensional dan Islamik termasuk simpanan, pengurusan kewangan, pembiayaan perniagaan dan peribadi serta kad kredit,” tambahnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan