Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Berek rumah bujang PGA Batalion 10 terbakar di kem Lanang

ByKhairil Zharif Affindie


SIBU, 5 OGOS: Satu blok kediaman di kem Lanang Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 10 di Sibu musnah dalam satu kebakaran pada pagi khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Central Suna Kaha berkata kebakaran melibatkan berek bujang anggota PGA dan berlaku sekitar jam 11.32 minit pagi.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku di 10 Kem Lanang Sibu iaitu melibatkan satu blok kuarters bujang PGA.

“Kuarters tersebut dihuni oleh sembilan orang pegawai dan semasa kebakaran tersebut hanya seorang sahaja yang berada dirumah tersebut,” katanya ketika dihubungi TVS.

“Api berjaya dikawal pada jam 12.09 tengahari dan dipadamkan20 minit kemudian.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan