Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran Rumah Penggang, Batu 36 Tamin, di sini selepas tidak pulang daripada mencari katak

Wanita warga emas maut dalam kebakaran, dua lagi mangsa terselamat

SIK, 4 Ogos — Seorang wanita warga emas maut manakala dua lagi terselamat dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Charok Kit, Kampung Kemuning dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Maryam Mihat, 90, ditemui rentung di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

“Menantu mangsa, Zalina Mohamad, 55, cedera di bahagian kaki manakala anak lelaki mangsa, Shuid Awang, 63, tidak mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 5.23 pagi dan tiba pada 5.28 pagi di lokasi kejadian yang terletak kira-kira satu kilometer dari balai bomba terdekat.

Kebakaran dapat dikawal dalam tempoh 10 minit dan operasi memadam kebakaran tamat pada 9.51 pagi.

“Kebakaran itu menyebabkan 80 peratus bahagian rumah dua tingkat itu musnah, selain turut menyebabkan tiga buah motosikal rosak,” katanya dan menambah pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan