Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Usah pertikai gaji ADUN Sarawak sepanjang tempoh darurat – Hasidah

ByOdleen Catherny

KUCHING, 4 Ogos: Ahli Kabinet dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhak menerima gaji, elaun dan faedah sepanjang tempoh penguatkuasaan darurat seperti yang termaktub dalam Fasal 5 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, kata Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Sarawak itu menjelaskan isu tersebut tidak sepatutnya dipertikaikan kerana mereka layak menerima kesemua bayaran tersebut.

“Ia jelas memperuntukkan bahawa semua ADUN Sarawak berhak menerima gaji, elaun atau faedah pada tempoh darurat ini di mana mereka masih melaksanakan tugas-tugas mereka seperti biasa,” katanya ketika dihubungi TVS pada Rabu.

Beliau menyifatkan mereka yang masih lagi mempersoalkan isu ini ‘kurang arif dan tidak berpengetahuan dalam soal perundangan’.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar menjelaskan bahawa Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 ialah ordinan baharu khusus untuk Sarawak, bukannya lanjutan daripada Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang dikuat kuasa di seluruh negara, sebelum ini.

Jelas beliau, penentuan proses darurat itu adalah hasil dari perbincangan bersama antara Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan  Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

“Ini termasuk penamatan proklamasi darurat yang diperuntuk dalam Sekyen 2(2) dan Seksyen 3(3) Ordinan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di DUN di Petra Jaya, pada Rabu.

Mohd Asfia berkata, mengikut Seksyen 3 (11), ordinan berkenaan, peruntukan Fasal (3), Perkara 21 Perlembagaan Negeri, DUN dibubarkan selepas lima tahun sejak persidangan pertama, tidak akan memberi kesan sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa.

“Berdasarkan ordinan baharu itu, DUN dibubarkan pada tarikh Proklamasi Darurat dibatal atau diungkaikan,” tambahnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan