Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tindakan GPS tetap rasional sokong PN- Abdul Karim

KUCHING, 4 OGOS: Pucuk pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus yakin dan kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Naib presiden Parti Bumiputera Bersatu PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata demikian apabila diminta berulas mengenai berhubung kemelut politik negara ketika ini.

“Langkah tersebut adalah untuk memastikan kestabilan politik sekaligus meneruskan usaha menangani Covid-19 yang masih melanda negara,” kata Abdul Karim.

Beliau turut percaya pemimpin GPS akan bersikap rasional dalam apa jua tindakan dan keputusannya.

“Kerajaan sarawak bukan lalang. Tetapi, dalam kes melibatkan Perikatan Nasional, kerajaan sarawak mengkaji dahulu senario ini. Jika ia memberi kesan yang baik untuk malaysia maka kita akan menuju ke arah itu,” kata beliau selepas merasmikan sambutan 130 tahun Muzium Sarawak,Jabatan Muzium Sarawak telah mengadakan majlis sambutan ulang tahun Muzium Sarawak yang ke 130 pada Rabu

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan berharap tiada pemimpin politik yang mengambil kesempatan dengan mengheret Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam krisis politik ini.
KUCHING, 4 OGOS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan