Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Serangan bom sasarkan bas tentera di Syria

ByTVS

DAMSYIK, 4 Ogos  — Satu letupan bom yang menyasarkan sebuah bas tentera berlaku di Damsyik, ibu negara Syria di sini, Rabu pagi, dan jumlah korban masih belum dapat dipastikan, lapor Xinhua, memetik Agensi Berita SANA.

Kejadian berlaku di kawasan Masaken al-Haras, sebuah kawasan perumahan anggota tentera di barat laut Damsyik. 

Seorang saksi berkata anggota paramedik sedang mengeluarkan mayat yang rentung dari dalam bas.

Foto dalam talian yang dimuat naik orang ramai yang melalui kawasan itu menunjukkan sebuah bas hangus dijilat api dan asap tebal menyelubungi lokasi kejadian. 

Sementara itu, menurut sumber tidak rasmi,  letupan dipercayai berpunca daripada bom yang dipasang di bahagian bawah bas.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan