Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 26 Julai -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, July 26 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin make a statement on the National Recovery Plan (PPN) at the special sitting of the Dewan Rakyat today. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

Saya masih PM- Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan beliau masih Perdana Menteri kerana mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung hari ini, Muhyiddin berkata, beliau telah dititahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi.
“Saya telah menyembah maklum kepada Seri Paduka bahawa saya telah menerima sejumlah surat akuan bersumpah (SD) daripada Ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan bahawa saya masih mempunyai majoriti pada masa ini.
“Saya juga telah menyembah maklum kepada Baginda bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri di Parlimen kerana suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika persidangan pada bulan September,” katanya.
Mengenai warkah Yang di- Pertuan Agong, Muhyiddin berkata, Seri Paduka Baginda telah memetik dua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu pertama berkaitan Perkara 43 (2) (a) iaitu ‘Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.
“Yang kedua, Seri Paduka menyentuh Perkara 43 (4) iaitu ‘Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong’,” katanya.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menjelaskan, peletakan jawatan beliau mengikut Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit.
Menurut Muhyiddin, semalam beliau telah menerima warkah dari Yang di-Pertuan Agong yang memaklumkan terdapat lapan orang Ahli Parlimen UMNO telah menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa mereka telah menarik sokongan terhadapnya.

Tags: #bm, Muhyiddin

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan