Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pelari Amerika Syarikat McLaughlin pecah rekod dunia 400 meter lari berpagar wanita

TOKYO, 4 Ogos — Pelari Amerika Syarikat, Sydney McLaughlin memecahkan rekod dunia acara 400 meter lari berpagar wanita sekali gus merangkul pingat emas di kejohanan Olimpik Tokyo pada Rabu.

McLaughlin menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 51.46 saat, 0.44 saat lebih pantas berbanding rekod lama miliknya yang dicatatnya pada 27 Jun, lapor Agensi Berita Xinhua.

Rakan senegaranya, Dalilah Muhammad memperoleh pingat perak dan memperbaiki catatan peribadinya, 51.58 saat.

Sementara itu, Femke Bol dari Belanda meraih gangsa dengan catatan masa 52.03 saat.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan