Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 6 Dis -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (tengah) menerima kunjungan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ramli Din di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Turut hadir Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Abdullah Saidol (kanan). -- fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kerajaan stabil keutamaan GPS

KUCHING, 4 OGOS: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)  sentiasa menyokong pentadbiran kerajaan persekutuan yang stabil, terutamanya ketika negara sedang melawan pandemik Covid-19.

Menurut Ketua Menteri merangkap Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, rakyat menjadi keutamaan dalam apa jua keadaan.

“Dalam hal ini, saya rasa kita menyokong penuh pendirian Perdana Menteri untuk membawa usul ke Dewan Rakyat dan yakin beliau mempunyai sokongan majoriti. Dan hari ini, itu adalah keputusan yang baik untuk negara kita,” kata beliau.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Muhyiddin Yassin itu sebagai baik dan berani.

“Kita berkehendakkan kerajaan yang tidak terumbang ambing (dalam menangani pandemik) kerana rakyat pun akan menjadi gelisah.”

“Jadi saya rasa inilah keputusan yang baik kerana kemelut politik yang tidak menentu dan sekiranya PM mempunyai sokongan majoriti, teruskan, dan ini satu pendekatan yang berani kerana kalau tidak ada sokongan, dia perlu tanggung akibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis simbolik penyerahan bantuan khas Sarawakku Sayang 6.0.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan