Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

APMM lancar gerakan cari, selamatkan penyelam bebas hilang di perairan Sungai Besar

SHAH ALAM, 3 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat seorang penyelam bebas yang dilaporkan hilang pada kira-kira 10.30 pagi tadi semasa melakukan aktiviti selaman di perairan Sungai Besar. 

Kenyataan APMM hari ini memaklumkan mangsa, Calvin Patrick Lazaroo, 27, sebelum itu dilaporkan melakukan aktiviti itu untuk mengikat tali pada bot karam bersama dengan tiga lagi rakannya. 

“Menyedari kehilangan mangsa, rakan penyelam telah melakukan usaha pencarian di sekitar kawasan tersebut. Setelah empat jam usaha pencarian gagal, mereka telah menghubungi Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru bagi tindakan lanjut,” katanya. 

Menurut APMM, susulan itu MRSC Johor Bahru telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada 2.20 petang serta mengatur gerak kapal Maritim Nyalau yang sedang beroperasi ke lokasi kejadian dan sehingga 7.30 petang, mangsa belum ditemui dan dipercayai masih tenggelam berhampiran posisi yang dilaporkan.

“Operasi ditangguhkan pada 7.30 petang kerana faktor penglihatan terhad pada waktu malam dan cuaca buruk,” katanya. 

Kenyataan itu menyebut Pangkalan Hadapan perkhidmatan mencari dan menyelamat akan ditubuhkan di Jeti Perikanan Sungai Besar dengan fokus pencarian diteruskan esok di kawasan berkeluasan 148.83 batu nautika persegi sekitar perairan Sungai Besar.

Turut terlibat dalam operasi itu ialah Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia dan komuniti nelayan setempat.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan