Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

UMNO umum tarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN)

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR , 3 Ogos : UMNO yang hari ini mengumumkan keputusan parti itu menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.


Keputusan berkenaan menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicapai menerusi Mesyuarat Majlis Kerja Teringgi UMNO yang berlangsung secara maya pada hari ini.


Menurut beliau, UMNO juga mengambil pendirian untuk ‘berpihak’ kepada Yang di-Pertuan Agong setelah kenyataan terbaharu oleh Perdana Menteri hari ini tidak menjernihkan masalah bahkan menyerlahkan kekhilafan kerajaan yang menurut parti itu telah menyanggah titah Seri Paduka Baginda.


“Tan Sri Muhyiddin mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran kerajaan pimpinan beliau yang menyanggah titah Yang Dipertuan Agong dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat,” katanya.


Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook UMNO hari ini.Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohammad Hassan, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said dan beberapa Ahli Parlimen UMNO yang lain.


Bagaimanapun, tiada kelibat Ahli Parlimen UMNO yang menganggotai kabinet hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sebelum sidang akhbar oleh Ahmad Zahid, seorang Ahli Parlimen UMNO yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan beliau melepaskan jawatannya dalam Jemaah Menteri hari ini.


UMNO kini mempunyai 35 orang Ahli Parlimen namun dikatakan telah ‘berpecah’ kepada dua kem iaitu satu yang pro PN membabitkan kelompok yang memegang jawatan dalam kabinet manakala satu lagi berhaluan kiri yang sering mengkritik pentadbiran kerajaan.


Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, surat akuan Ahli – ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong sekaligus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku Ketua Kerajaan.

Tags: #bm, politik, umno

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan