Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Shamsul Anuar umum letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli


KUALA LUMPUR, 3 Ogos : Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ahli Jemaah Menteri hari ini menerusi satu kenyataan media.

Shamsul Anuar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, keputusan berkenaan dilakukan dengan mengambil kira pendirian parti dan sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia.
“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana memberi peluang untuk berkhidmat sebagai Menteri dan pastinya pemimpin UMNO yang mencadangkan nama saya sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan.
“Saya juga ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan warga Kementerian Tenaga dan Sumber Asli,” katanya menerusi satu kenyataan pada petang ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong akan memberikan tumpuan kepada tugas selaku wakil rakyat kawasannya dan akan membantu memperkuatkan parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar.
Shamsul Anuar merupakan antara 14 pemimpin UMNO yang dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri ke dalam kabinet baharu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran negara pada tahun lalu. – TV

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan