Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
omicron sarawak
omicron sarawak

Sarawak tangguh masuk Fasa 3 untuk Zon Selatan

ByOdleen Catherny

KUCHING, 3 Ogos: Bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat, perlaksanaan Fasa 3 PPN bagi Zon Selatan yang meliputi Daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Asajaya, Serian dan Tebedu akan ditangguhkan sehingga penularan kes-kes Covid-19 menunjukkan trend penurunan yang lebih memuaskan.

Dalam satu kenyataan Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), Kerajaan Sarawak menzahirkan penghargaan terhadap usaha Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yakin dengan usaha yang diambil selama ini dengan memberi pengiktirafan bahawa Sarawak boleh beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Nasional (PPN) mulai Rabu, 4 Ogos 2021.

Sarawak menyambut baik pengumuman ini dan akan melaksanakannya sebaik saja Garis Panduan (SOP) yang dicadangkan dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar perubatan.

Oleh itu, Garis Panduan (SOP) sedia ada masih berkuatkuasa.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan boleh beralih ke Fasa Tiga Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Rabu ini.

Dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Muhyiddin berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya petang tadi berikutan ketiga-tiga negeri itu menunjukkan prestasi yang amat baik.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan