Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pasar Tamu Bintangor dibuka semula, peniaga lega

BINTANGOR, 3 OGOS 2021: Pasar Tamu Bintangor yang sebelum ini ditutup berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dibenarkan beroperasi semula sekaligus melegakan para peniaga yang mencari rezeki di situ.


Pada masa sama, orang ramai di kawasan sekitar kini boleh mendapatkan barangan keperluan seperti hasil pertanian dan perikanan di pasar berkenaan yang terkenal kerana menawarkan barangan segar pada harga yang berpatutan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, bagi memastikan kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan mengurangkan kesesakan berikutan situasi semasa COVID-19 yang masih membimbangkan, Majlis Daerah Maradong dan Julau (MDMJ) telah memperkenalkan sistem penggiliran untuk para peniaga di situ.


“Pada asalnya, terdapat 78 lot niaga yang beroperasi namun menerusi perlaksanaan SOP baharu ini, hanya 38 peniaga yang dibenarkan meniaga pada setiap hari. Oleh itu, mereka (peniaga) perlu menunggu giliran untuk berniaga,” katanya selepas meninjau pasar berkenaan hari ini.


Menurut Kuong Hiing, kerajaan negeri memahami kesulitan yang dihadapi oleh para peniaga sepanjang tempoh penutupan pasar berkenaan namun ia merupakan langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan penularan wabak maut itu.


“Kerajaan sedar pendapatan para peniaga terjejas teruk. Oleh itu, kita berharap perlaksanaan polisi berniaga secara bergilir akan memberikan situasi menang -menang kepada semua pihak,” katanya.


Katanya, bahagian menjual barangan basah di pasar berkenaan mempunyai 41 peniaga berlesen serta 58 gerai makanan dan minuman.
“Pihak pengurusan pasar kini membuka tiga laluan masuk dan pengunjung diwajibkan merekodkan kemasukan mereka menerusi aplikasi MySejahtera atau buku rekod yang disediakan,” katanya.


Berdasarkan tinjauan, beliau turut berpuas hati terhadap kepatuhan SOP di kalangan peniaga dan pengunjung dan berharap kerjasama baik itu berterusan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan