Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mesej mayat pesakit Covid-19 didapati masih hidup adalah palsu – KKMM

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan mesej tular yang mendakwa kononnya ada pesakit COVID-19 yang disahkan meninggal dunia, namun semasa mayat tiba di lokasi pengebumian pesakit itu didapati masih hidup.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam kenyataan malam ini berkata HKL menjelaskan bahawa tiada kejadian berlaku seperti dakwaan mesej tular berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai mesej itu dan berhenti daripada menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat,” menurut kenyataan itu. 

Sebelum ini tular mesej yang mendakwa seorang pesakit COVID-19 yang telah disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi didapati masih hidup semasa di lokasi pengebumian dan seterusnya dibawa kembali ke HKL untuk rawatan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan