KUCHING, 2 OGOS: Seorang wanita berusia 33 tahun sanggup memalsukan keputusan ujian calitan covid-19 untuk mendapatkan permit dari pihak polisĀ untuk penerbangan dari Kuching ke Bintulu.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ashmon Bajah berkataĀ suspek didapati mengemukakan keputusan ujian palsu ketika cuba memohon permit polisĀ untuk merentas daerah.
āWanita tersebut yang berasal dari BintuluĀ hendak membuat pergerakan rentas daerah dan zon daripada Kuching melalui kapal terbang ke Bintulu.
āJadi untuk membolehkannya bergerak, dia memerlukan permit polis jadi dia memohon permit polis di Balai Polis Sg Maong yang terdekat di situ.
āSemasa suspek menghantar dokumen dokumen yang ada termasuk keputusan swab test yang daripada SDMC kita dapati satu benda yang tidak kena dalam laporan itu antaranya tarikh dengan nama nama tu so kita syak ada yang tak kena jadi kami telah membuat siasatan awal dengan menghubungi pihak pengurusan yang menguruskan āswabbing centreā dan SDMC.
āKemudian kami mendapat maklumbalas memang tiada suspek dalam senarai. Permohonannya bertarikh 2 Ogos yang dipohonnya pada 31Julai untuk membuat persediaan, jadi apabila kita dapa maklumbalas, kita dapati sememangnya permohannya beliau adalah permohonan palsu,ā kata Ashmon.
Jelasnya, suspek ditahan di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.