Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tong Gas PETROS Kini Di Pasaran

KUCHING, OGOS 2: Silinder gas petroleum cecair (LPG) milik Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan tanda pagar #TongGasKamek, #TongGasKitai kini boleh didapati di kawasan Matang, Petra Jaya, Tabuan dan BDC Bahagian Kuching.

Menurut PETROS, pihaknya mula menjual silinder gas petroleum cecair berkenaan di Kuching sebelum diperluaskan ke seluruh negeri.

“Dua peniaga pertama di Kuching akan menjual dan menyediakan perkhidmatan LPG PETROS iaitu PETROS LPG JC Gas bagi kawasan Petra Jaya dan Matang (+6012 883 0785) dan PETROS LPG Min Soon meliputi Tabuan dan BDC (+6019 888 1924).

“Pembayaran tanpa tunai menggunakan Sarawak Pay sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh melayari www.petroleumsarawak.com/PETROSLPG atau menghubungi Khidmat Pelangan PETROS di talian 1-300-882 122 untuk sebarang pertanyaan dan pembelian silinder LPG PETROS.

Untuk makluman, PETROS merupakan anak syarikat milik penuh PETROSNiaga Sdn Bhd (PETROSNiaga).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan