Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN Sarawak perlu diadakan 60 hari selepas darurat tamat

ByEekbal Yusuf

PILIHAN Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Proklamasi Darurat Sarawak dibatalkan atau diungkaikan, menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, keputusan itu berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi menggantung pilihan raya umum ke DUN Sarawak dan Proklamasi itu meliputi seluruh Negeri Sarawak mulai 2 Ogos hingga 2 Februari 2022.

Sehubungan itu juga, tambahnya, satu ordinan sudah dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dikenali sebagai Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(Sarawak) 2021 P U (A) 324.

“Di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(Sarawak) 2021 P U (A) 324, memperuntukkan bagi tempoh darurat berkuat kuasa peruntukan Fasal (3) Perkara 21 Perlembagaan Negeri 2 Sarawak bahawa Dewan Undangan Negeri terbubar selepas 5 tahun daripada mesyuarat pertamanya tidak mempunyai kesan.

“Oleh yang demikian, memandangkan Proklamasi Darurat Sarawak P U (A) 323 yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Julai dan peruntukan Seksyen 3(4) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(Sarawak) 2021 P U (A) 324, maka Pilihan Raya DUN digantung dan hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Proklamasi ini dibatalkan atau diungkaikan,” katanya.

DUN Sarawak sepatutnya terbubar pada 7 Jun lepas, cukup lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya diadakan.

Bagaimanapun, peruntukan itu tidak dapat berkuat kuasa disebabkan pelaksanaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.  

Tags: #bm, dun, sarawak, SPR

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan