Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perarakan wakil rakyat pembangkang untuk masuk Parlimen gagal

KUALA LUMPUR , 2 Ogos – Perarakan wakil rakyat pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk masuk ke Bangunan Parlimen pagi ini gagal apabila polis bertindak menutup kesemua laluan utama ke bangunan berkenaan.

Anwar bersama beberapa pemimpin utama pembangkang termasuk Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu berkumpul di Dataran Merdeka kira -kira pukul 9.30 pagi.

Mereka membawa sepanduk “ Mahiaddin dan Kabinet letak jawatan “ dan mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini telah tumbang kerana hilang majoriti.

Anwar berkata, beliau mempunyai maklumat terdapat Ahli Parlimen PN kini tidak lagi menyokong kerajaan.

“ Saya mendapat maklumat dari negeri lain bahawa beberapa Ahli Parlimen hendak keluar PN. Oleh itu, berdasarkan jumlah 107 Ahli Parlimen pembangkang dan jumlah yang hendak keluar dari kerajaan, PN telah tumbang,” katanya ketika berucap di Dataran Merdeka.

Turut kelihatan ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohamad namun beliau tidak menyertai perarakan kumpulan Anwar.

Sejurus itu , Anwar dan kumpulannya melalui jalan

di Bulatan Dato Onn untuk masuk ke Jalan Parlimen namun tidak berjaya apabila laluan berkenaan ditutup oleh Pasukan Tempur Ringan (LSF).

Rundingan yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang untuk melepasi sekatan berkenaan juga gagal.

Difahamkan ketika ini, wakil rakyat pembangkang membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan