Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Commercial airplane jetliner flying above dramatic clouds in beautiful sunset light. Travel concept.

Penumpang nikmati pengalaman penerbangan persiaran di ruang udara Kota Kinabalu

SEOUL, 2 Ogos — Seramai 96 penumpang menaiki penerbangan persiaran ‘Flight To Nowhere’, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Korea Selatan, untuk bersiar-siar di ruang udara Kota Kinabalu. 

Tourism Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan Flight to Nowhere, juga dikenali sebagai penerbangan persiaran, menawarkan pengalaman menaiki menaiki pesawat dan urusan berkaitan di lapangan terbang dan tidak mendarat di destinasi.

Untuk menyokong industri penerbangan tempatan dan sektor bebas cukai di Korea Selatan yang terjejas akibat pandemik, kerajaan Korea Selatan telah membenarkan syarikat penerbangan tempatan untuk mengendalikan program ‘Flights to Nowhere’.

“Jin Air telah mengambil peluang ini untuk mengendalikan penerbangan tersebut dan Sabah dipilih sebagai destinasi antarabangsa keempat selepas Hong Kong, Osaka, dan Okinawa,” menurut kenyataan itu.

Dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah dan Tourism Malaysia, penerbangan tersebut berlepas pada 12.40 tengah hari 25 Julai dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

“Pesawat akan terbang rendah di Daegu, Busan, dan sebahagian ruang udara Jepun sebelum menamatkan perjalanan di destinasi asal pada 2.30 petang,” menurut kenyataan itu.

Penerbangan persiaran bertemakan Kota Kinabalu  menarik perhatian warga Korea Selatan kerana menawarkan pelbagai ganjaran dan  aktiviti dalam pesawat istimewa  termasuk perkhidmatan bebas cukai yang ditawarkan kedai bebas cukai utama di Korea Selatan iaitu Shilla, Lotte, dan Shinsegae.

Tourism Malaysia berkata, kru kabin juga menyediakan aktiviti hiburan tambahan seperti kuiz dan acara cabutan bertuah untuk memastikan pengalaman penerbangan yang menarik.

Tiket pergi dan balik (Incheon – Kota Kinabalu)  ditaja Jin Air, serta baucar hotel serta pelayaran menikmati suasana matahari terbenam tajaan Lembaga Pelancongan Sabah ditawarkan sebagai hadiah kepada penumpang. .

Pengarah Pejabat Tourism Malaysia Seoul, Shaharuddin Yahya berkata, berdasarkan kejayaan projek Flight to Nowhere yang pertama, mendorong Lembaga Pelancongan Sabah bersama dengan Pejabat Pelancongan Malaysia Seoul merancang untuk meneruskan aktiviti ini dengan syarikat penerbangan lain termasuk Busan Air  dan Jeju Air serta menambah jumlah penerbangan pada Ogos 2021.

“Jelas , ramai yang rindu pengalaman terbang. Pengalaman ini tentunya akan memberi peluang kepada mereka untuk mengingati Kota Kinabalu, Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang paling diingati, ” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah Noredah Othman berkata Flight to Nowhere adalah pengalaman paling hampir untuk ke luar negara dan ia memenuhi keinginan mereka yang dahagakan pengalaman melancong.

“Kami mengalu-alukan warga Korea untuk mengunjungi kami sekali lagi apabila pintu sempadan antarabangsa dibuka semula,” tambahnya.

Sabah menjadi antara destinasi percutian Asia Tenggara utama dalam kalangan warga Korea Selatan sebelum pandemik. . Hampir 400,000 warga Korea Selatan direkodkan mengunjungi Sabah pada 2019 dengan 67 penerbangan terus dari Incheon, Busan, dan Muan ke Kota Kinabalu.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan