Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mayat lelaki dihanyutkan ‘kepala air’ di Sungai Cerul ditemukan

CHUKAI, 1 Ogos — Lelaki yang dihanyutkan arus deras atau ‘kepala air’ ketika mandi di Sungai Cerul, Bandar Baru Cheneh di sini semalam, ditemukan lemas petang tadi. 

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Azman Alias berkata Mohamad Shafiq Ab Llah, 20, ditemukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dalam keadaan terapung kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian pada 5.15 petang.

“Mayat mangsa timbul ke permukaan air selepas pasukan penyelamat melakukan teknik pusaran dipermukaan air menggunakan bot.

“Mangsa ditemui dalam keadaan masih lengkap berpakaian dan mayatnya telah diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke hospital bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Petang semalam, Mohamad Shafiq bersama dengan lima rakannya yang berusia lingkungan 13 hingga 20-an telah mandi dan memukat ikan di Sungai Cerul sebelum mangsa dihanyutkan arus deras manakala yang lain sempat menyelamatkan diri.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan