KUALA LUMPUR, 2 Ogos — SSG Digital Resources Bhd, jentera tujuan khas untuk konsortium yang terdiri daripada kerajaan Sarawak, Revenue Group Bhd dan Kenanga Investment Bank Bhd, telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen perbankan digital dari Bank Negara Malaysia (BNM).
Ini menurut Rangka Kerja Pelesenan Bank Digital dan Prosedur Permohonan bagi Lesen Baharu di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
Konsortium itu, yang memanfaatkan kelebihan tiga rakan strategiknya, berhasrat memperbaiki dan mengubah kehidupan semua rakyat Malaysia, termasuk individu dan perniagaan mikro/ kecil / sederhana, melalui penyelesaian perbankan digital yang telus dan berpatutan, demikian menurut Revenue Group dan Kenanga Investment dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia.
— BERNAMA