Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Isteri PM Singapura puji peningkatan kadar vaksinasi Malaysia

ByConnie Grace

SINGAPURA: Peningkatan kadar vaksinasi COVID-19 di Malaysia menerima pujian menggalakkan daripada isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching, hari ini.

Dalam kemas kini di akaun Facebooknya, Ho Ching berkata kadar vaksinasi Malaysia meningkat hingga setengah juta suntikan setiap hari.

“Ini juga adalah kadar semasa di USA (Amerika Syarikat), tapi USA mempunyai jumlah penduduk yang 10 kali ganda daripada M’sia (Malaysia). Go, go, go!,” tulisnya.

Jumlah vaksinasi harian COVID-19 di Malaysia telah melebihi 500,000 dos dalam tempoh enam hari berturut-turut, dengan 519,111 dos diberikan pada 31 Julai.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu Infografik di Twitter pada 1 Ogos, daripada jumlah suntikan yang diberikan pada 31 Julai, sebanyak 316,492 adalah dos pertama, manakala 202,619 dos kedua.

Secara kumulatif, 20,533,660 dos telah diberikan sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Malaysia (PICK) bermula pada 24 Februari.

-BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan