Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Insentif pengeluaran getah Julai 2021 diaktifkan bagi pekebun kecil Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengaktifkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi Julai 2021 untuk pekebun kecil di Sabah dan Sarawak.

Dalam kenyataan pada Isnin, LGM menjelaskan bayaran IPG teraktif bagi Sabah dan Sarawak adalah RM0.20 sen sekilogram bagi 100 peratus kandungan getah kering (KGK).

“Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan pengeluaran Julai 2021 mulai 1 hingga 31 Ogos, 2021,” menurut LGM.

Ia memaklumkan harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap pada Julai 2021 di Semenanjung Malaysia adalah RM2.75 sekilogram, manakala bagi Sabah dan Sarawak, masing-masing pada RM2.40 sekilogram.

Bermula Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR20 Percuma Atas Kapal (FOB) berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang berada pada paras RM2.50 sekilogram dan ke bawah.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan