TOKYO, 2 Ogos — Jasmine Camacho-Quinn dari Puerto Rico merangkul emas dalam acara 100 meter lari berpagar wanita di Olimpik Tokyo pada Isnin.
Camacho-Quinn menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 12.37 saat.
Sebelum ini atlet itu memecahkan rekod Olimpik pada pusingan separuh akhir dengan catatan 12.26 saat, lapor Agensi Berita Xinhua.
Pemegang rekod dunia Kendra Harrison dari Amerika Syarikat sekadar menduduki tempat kedua diikuti Megan Tapper dari Jamaica di kedudukan ketiga.
— BERNAMA