KOTA KINABALU: Kes positif COVID-19 di Sabah terus merekodkan paras melebihi 1,000 sejak 30 Julai lepas.
Pada Isnin, 1,166 kes positif COVID-19 telah dicatatkan dan menjadikan jumlah kumulatif 86,889 kes.
Tiga daerah yang merekodkan kes tertinggi ialah Kota Kinabalu dengan 234 kes, Penampang 123 dan Tawau 106 kes.
Saringan kontak rapat terus menyumbang kes positif yang terbanyak, 674 kes, saringan bergejala 171 kes dan 147 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
Sementara itu, daripada 21 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah berjaya memberi sebanyak 374,214 dos vaksin.