Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Vaksin Covid-19 berkesan terhadap varian Delta : Pakar China

BEIJING, 1 Ogos — Vaksin COVID-19 berupaya melawan varian Delta dengan memberi perlindungan mencukupi, menurut pakar China.

Penyelidik dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China, Shao Yiming berkata, setakat ini, vaksin masih mampu mempertahankan keberkesanannya terhadap pelbagai varian baharu.

“Berdasarkan penyelidikan yang dibuat di peringkat global, fenomena dijangkiti semula selepas divaksin lazimnya dikenali sebagai kes bulus, suatu perkara yang biasa. Ia melibatkan jumlah yang amat kecil berbanding penerima vaksin yang melebihi tiga bilion dos di seluruh dunia.

“Vaksin COVID-19 pertama kali diguna pakai, jadi data mengenainya masih dikemas kini dengan penyelidikan dan ujian klinikal. Tiada vaksin seratus peratus kebal terhadap jangkitan virus,” katanya kepada media di sini pada Sabtu.

Beliau turut menegaskan, program inokulasi dan langkah kawalan dan pencegahan yang dilaksanakan secara bersepadu antara cara paling berkesan untuk membendung penularan wabak.

Di China, penularan wabak COVID-19 membabitkan varian Delta berpunca daripada kluster di lapangan terbang Nanjing, telah merebak ke 14 wilayah dengan peningkatan mendadak kes jangkitan tempatan sebanyak 328.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan