Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perhimpunan Keluar dan #Lawan: Polis akan panggil 29 individu

KUALA LUMPUR , 1 Ogos – Polis setakat ini telah mengenal pasti seramai 29 individu yang terlibat dalam Perhimpunan Keluar dan #Lawan yang berlangsung ibu negara semalam.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah berkata, pihaknya kini telah membuka kertas siasatan terhadap penganjur dan peserta mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan akta – akta lain yang relevan.

“Oleh itu, kesemua individu berkenaan akan dipanggil untuk dirakam percakapan dalam tempoh terdekat. Beberapa individu lain kini juga sedang dikenal pasti berdasarkan rakaman video dan gambar,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Ujarnya, sehingga kini polis telah menerima sebanyak 20 laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pihak di seluruh negara membabitkan perhimpunan berkenaan.

“ Polis telah beberapa kali memberi peringatan supaya semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi keselamatan orang ramai dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggarnya, “ katanya.

Menurutnya, berdasarkan pemantauan semalam, polis mengesan insiden penganjur dan peserta secara jelas melanggar SOP PPN serta Peraturan- peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 yang sedang berkuatkuasa.

Dalam perhimpunan di Jalan Tun Perak berhampiran Dataran Merdeka semalam, kira – kira 400 peserta majoriti berbaju hitam berkumpul dan membawa pelbagai plakad bagi meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan