TOKYO, 1 Ogos — Perenang Amerika Syarikat (AS) Caeleb Dressel membuktikan kehebatannya di kolam renang dengan menambah satu lagi emas di Olimpik Tokyo menerusi 50 meter (m) gaya bebas lelaki pada Ahad.
Juara dunia itu menduduki tempat pertama dengan catatan masa 21.07 saat sekali gus memperoleh emas keempat buat dirinya, lapor Agensi Berita Xinhua.
Florent Manaudou dari Perancis yang berada 0.48 saat di belakang membawa pulang perak dan perenang Bruno Fratus dari Brazil mendapat gangsa.
Dressel, 24, sebelum ini memperoleh tiga emas menerusi 100m gaya bebas, kuak kupu-kupu, dan 4x100m gaya bebas berganti-ganti.
— BERNAMA