Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebih 20 tan makanan diagih di Santubong -Wan Junaidi

KUCHING, 1 Ogos — Lebih 20 tan bantuan makanan telah diagihkan di kawasan Parlimen Santubong sejak minggu lepas kepada keluarga yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serta mereka yang menjalani kuarantin di rumah.

Setakat ini lebih 3,000 keluarga melibatkan lebih 13,000 penduduk dari Tabuan Melayu, Bintawa Hilir dan beberapa kampung lain di kawasan berkenaan telah menerima bekalan makanan daripada Ahli Parlimennya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata setiap isi rumah menerima pek makanan barangan keperluan termasuk makanan dalam tin serta daging dan ayam segar.

Beliau berkata pasukan petugas khas dari pusat khidmat Parlimennya kini giat menyampaikan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan terutama penduduk kampung yang terkesan dengan sekatan pergerakan.

“Saya sentiasa berkomunikasi dengan pegawai saya untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi itu.

“Di pihak kami, kami telah melakukan yang terbaik untuk memastikan penduduk di kawasan saya dibantu. Begitu juga mereka yang memerlukan bantuan, jangan teragak-agak untuk menghubungi pusat khidmat Parlimen saya,” katanya. 

Pada Khamis, kira-kira 3.4 tan bekalan makanan telah diagih oleh pasukan pusat khidmat Parlimen Santubong kepada 820 keluarga di Bintawa Hilir, melibatkan 3,000 penduduk.

Bintawa Hilir adalah satu daripada beberapa kawasan lain di Sarawak yang telah diletakkan di bawah PKPD dari 21 Julai hingga 3 Ogos, berikutan jumlah kes COVID-19 yang tinggi, dikesan.

— BERNAMA 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan