Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerosakan layar jejas aksi hari keempat Nuraisyah, Juni

TOKYO, 1 Ogos — Kerosakan pada sistem layar “spinnaker” iaitu layar ketiga bot  telah menjejaskan aksi hari keempat Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali dalam  acara  International 470 Wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.

Jurulatih Kebangsaan Muhammad Sahir A Rahim ketika dihubungi Bernama hari ini berkata situasi yang melanda itu menyebabkan Nuraisyah dan Juni gagal menamatkan perlumbaan kelapan yang berlangsung di Enoshima Yacht Harbour.

“Selepas berakhir lapan perlumbaan, peluang untuk mereka memasuki kelompok 10 terbaik esok tampak tipis dan sukar,” katanya.

Terdahulu, gandingan negara itu menamatkan saingan di tempat ke-20 pada perlumbaan ketujuh awal hari ini yang menyaksikan gandingan Hannah Mills-Eilidh McIntyre dari Great Britain mengungguli saingan berkenaan.

Mengulas lanjut, Muhammad Sahir juga memaklumkan beberapa kesalahan taktikal menuju penanda pertama menyebabkan keputusan tidak memihak kepada mereka berdua lantas dipintas pelayar lain pada peringkat akhir perlumbaan ketujuh.

Beliau juga mahu melihat Nuraisyah-Juni membuat keputusan tepat selain menggunakan pengalaman yang ada pada perlumbaan seterusnya untuk menamatkan saingan di tempat lebih baik berbanding hari ini.

Selepas lapan perlumbaan, Nuraisyah-Juni kini menduduki tangga ke-20 daripada 21 pelayar secara keseluruhan dengan 130 mata bersih manakala Hannah-Eilidh mendahului carta dengan catatan 18 mata bersih.

Perlumbaan kesembilan dan ke-10 akan bersambung esok.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan