Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ketua Menteri Lawat PPV SK Nanga Jagau

ByYazid Ibrahim

KANOWIT, 31 JULAI: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada hari ini akan mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach, SK Nanga Jagau, Kanowit bagi menyaksikan sendiri pemberian vaksin kepada para penerima menerusi Combat Medic Vaccination Team (CMVT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau dijadualkan tiba di PPV Mobile Outreach berkenaan sekitar jam 11 pagi diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Alexander Vincent dan

Selain itu, Panglima 9 Briged ATM, Brigedier Jeneral Shamshor Jaafar turut akan memberi sedikit taklimat mengenai PPV Mobile Outreach SK Nanga Jagau, Kanowit.

PPV Mobile Outreach Nanga Jagau menyasarkan 179 orang penerima vaksin pada hari ini dan seramai 36 individu telah menerima suntikan vaksin mereka pada semalam.

Skim Penempatan Semula Rascom Nanga Jagau merupakan salah satu penempatan semula yang dibuka di bawah Rascom selepas Konfrontasi Indonesia 1972.

PERKEMBANGAN SELANJUTNYA MENYUSUL

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan