Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
azreen nabila tokyo 2020

Azreen Nabila cipta rekod peribadi, dua catatan bawah 12 saat di Olimpik Tokyo 2020

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Dua catatan masa di bawah 12 saat (s) termasuk satu rekod peribadi terbaik 11.77s dicipta atlet muda negara Azreen Nabila Alias dalam acara 100 meter (m) wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020 boleh dianggap pencapaian yang membanggakan.

Sumber: Twitter @yunamusic

Beraksi di Tokyo tanpa ditemani jurulatihnya, Azreen Nabila, 21, turut bersaing di pentas Olimpik pertamanya itu dengan ketiadaan sebarang pendedahan di kejohanan antarabangsa, di samping hanya mempunyai tempoh tiga minggu untuk membuat persediaan.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>>  YDP Agong isytihar darurat di Sarawak sehingga 2 Feb tahun depan

Namun atlet kelahiran Terengganu itu membuktikan pemilihannya ke Tokyo tepat selepas mencipta sensasi tersendiri di Stadium Olimpik Tokyo dengan mencatat masa 11.77s dan 11.91s masing-masing dalam pusingan kelayakan dan pusingan pertama.

Lebih membanggakan, catatan 11.77s itu mengatasi rekod terbaik 11.81s dicipta pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak, sekali gus membolehkan beliau tersenyum puas.

“Dengan mengambil kira dia (Azreen Nabila) dapat tahu pergi ke Tokyo pada saat akhir, persediaan yang sempat dilakukan dan masa yang dicipta di Tokyo 2020, bagi saya itu satu catatan yang baik,” kata bekas raja pecut negara dan Asia Tenggara Nazmizan Muhammad kepada Bernama, hari ini.

–Bernama

Ikuti TVS di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan