Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga emas langgar SOP dikompaun RM10 ribu

SIBU, JULAI 30: Seorang warga emas yang membenarkan kedai miliknya dijadikan tempat bermain mahjong dikenakan kompaun engkar Operasi Standard Prosedure (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

Warga emas tersebut, 66, antara empat individu yang dikenakan kompaun berjumlah RM 14,500 di sini pada Khamis.

Ketua polis daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pemilik kedai di Jalan Central dikenakan kompaun yang lebih berat sebanyak RM 10,000 kerana membiarkan premisnya dijadikan tempat menjalankan aktiviti perjudian (mahjong).

“Tiga lagi individu berusia antara 48 dan 60 tahun masing-masing dikenakan kompaun sebnayak RM1500 kerana tidak mematuhi larangan iaitu mengendahkan jarak sosial ketika duduk di satu meja sambil bermain mahjong.

“Notis kompaun tersebut dikeluarkan mengikut peraturan 17 (1) peraturan pencegahan dan pengendalian penyakit berjangkit (langkah-langkah di kawasan tempatan jangkitan) 2021,” kata Stanley.

Pada Khamis lalu, sepasukan pemantauan sop bersepadu yang diketuai oleh ASP Kushairy Bujang telah pergi ke sebuah premis kedai berkenaan dan memperkenalkan diri kepada pemilik kedai, mereka mendapati bahawa ketiga-tiga orang lelaki itu duduk semeja sambil bermain permainan mahjong.

Jelasnya Ketiga-tiga mereka ditemui duduk di satu meja yang dihadkan untuk dua orang dan tidak  penjarakan sosial.

“Sebuah meja mahjong, satu set jubin mahjong, empat kerusi plastik dan 187 cip pelbagai warna telah dirampas dari tempat serbuan.

“Semua barang rampasan telah dibawa ke Balai Sentral Sibu untuk tindakan selanjutnya,” tambah beliau.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan